Pengenalan
Setiap hari ramai yang bangun dari tidur dengan sebuah mimpi. Mimpi untuk menjadi orang berharta, mempunyai keluarga yang bahagia, lulus peperiksaan dengan baik, mendapat jawatan yang baik dan banyak lagi. Mimpi akan tinggal mimpi sekiranya kita tidak berusaha untuk mencapainya.
Kami menawarkan suatu teknik untuk mendapatkan gambaran dan mencungkil potensi diri anda.
- Teknik analisa cap jari ini telah banyak membantu individu untuk mengenali bagaimana cara kerja otak dan bagaimana ianya membantu kita membuat keputusan yang tepat.
- Ia juga memberitahu kita tentang ‘brain hemisphere, iaitu kecenderungan otak sebelah kiri atau kanan. Ini boleh membantu anda untuk mengarahkan anda untuk memilih jurusan yang sesuai di sekolah mahupun di universiti.
- Menentukan gaya belajar yang sesuai. Ramai yang tidak menyedari betapa penting untuk mengetahuinya, dan kemudian mempunyai masalah untuk menyerap pembelajaran dengan baik. Ia juga dapat membantu para guru diperingkat awal persekolahan dan membuat strategi belajar yan berkesan.
- Membantu individu untuk mengetahui gaya mereka membuat sesuatu keputusan. Ini yang sering kami kaitkan dengan teori kebahagiaan. Membuat keputusan yang gopoh dan gelojoh biasanya akan berakhir dengan kerugian, kekecewaan dan penderitaan. Dengan mengetahui ‘learning sensitivity’ ini, individu itu akan mengetahui tentang kecenderungan mereka untuk buat keputusan.
Ada banyak lagi kelebihan membuat analisa ini dan hidup anda akan menjadi lebih hebat hanya dengan memahami dan menggunakan setiap kelebihan kecerdasan diri anda.
Khidmat Ditawarkan
1. Sesi Pengambilan Contoh Cap Jari
Kesemua 10 contoh cap jari akan di ambil menggunakan mesin pengimbas dan bacaan ATD juga akan diambil.
2. Penganalisaan
Selepas sempurna kesemua bacaan diambil, data akan dimasukkan ke dalam komputer untuk dianalisa dan seterusnya laporan bakat akan dicetak.
3. Perbincangan Bersama Konsultan
Laporan bakat akan dibincang secara tertutup dengan klien dan warisnya. Ini untuk menjamin kerahsiaan dan kepentingan klien itu sendiri.

Recent Comments